Khamis, November 06, 2008

Tanggung dan Jawablah di Akhirat...

Tanggungjawab merupakan satu perkataan yang diasaskan daripada dua rangkai kata iaitu 'tanggung' dan 'jawab'. Secara mudahnya, kita boleh katakan bahawa seseorang itu perlu menanggung sesuatu dan dia perlu menjawab mengenainya kelak. kepada siapa? Itu tidak pasti, bergantung kepada keadaan..
Pergi jauh sikit..

Dalam konteks perkhidmatan awam, kita melihat wujudnya pelbagai skim yang mewakili keperlbagaian sektor perkhidmatan yang ditawarkan. Ada skim ‘S’ (sosial kot), ada ‘T’ untuk teknologi maklumat rasanya, ada ‘M’ untuk tadbir dan diplomatik, ada ‘DG’ yang merupakan guru-guru, ada ‘U’ untuk medical practitioners dan macam-macam lagi. Secara keseluruhannya, mereka adalah civil servants yang berkhidmat kepada rakyat di bawah payung Kerajaan sedia ada. Sepatutnya, tidak wujud persoalan siapa yang paling elit? Siapa yang paling professional? Siapa yang paling hebat pengorbanannya? Siapa yang paling itu, paling ini, dan macam-macam paling lagi…

Setiap skim memerlukan skim yang lain untuk kelangsungan perkhidmatan. Tidak ada skim yang boleh bergerak sendiri dan berdikari dalam melaksanakan kerja-kerja dan tanggungjawab mereka. ‘M’ yang selalunya membuat kertas-kertas dasar, memerlukan ‘T’ yang mempunyai statistik dan sistem manakala ‘U’ yang merawat pesakit memerlukan ‘M’ yang merancang peningkatan kerjaya mereka. (Manalah doktor ada masa nak memikirkan naik turun pangkat mereka, hari-hari sibuk je kalau tengok kat hospital kerajaan..) ini merupakan ikatan tidak rasmi dan penghubung antara skim yang sepatutnya boleh memberikan kesan terbaik kepada perkhidmatan awam di negara kita.

Akan tetapi..

Apa jadinya kalau terdapat satu skim yang lebih elit daripada skim yang lain?
Apa akan jadi kalau terdapat skim yang merasa diri mereka terabai dan dikesampingkan?
Apa rasanya kalau satu skim seolah-olah membolot hampir semua kedudukan tinggi yang ada?
Apa akan jadi kalau pengwujudan jawatan baru seolah-olah memberikan kedudukan tinggi kepada satu skim sedangkan justifikasinya tidak kuat?
Apa akan jadi akhirnya kalau skim-skim berpakat untuk meminggirkan satu skim yang lain?

Pelik rasanya, apabila dalam satu perbincangan dengan rakan-rakan yang baru dikenali, tiba-tiba situasi berubah mendung dan kemesraan yang hampir terjalin dimusnahkan dengan pengenalan diri sendiri atas faktor ‘saya ..Toot.. kat Kementerian/agensi ..Tuut… ‘Ooo, encik ..Tuut.. ni P** lah ye? Lepas tu dah tak ada lagi, kalau cakap-cakap pun macam dipaksa-paksa aje..

Balik kepada persoalan tanggungjawab..
Ada dikalangan kita yang bertanggungjawab untuk memastikan kelangsungan dan peningkatan kerjaya bagi orang lain. Janganlah pula akhirnya kita hanya memastikan peningkatan kerjaya itu hanya ‘kita-kita aje’ sampai duit Kerajaan banyak dihabiskan untuk ‘kita-kita aje’.. Fikirkan tanggungjawab kita, yang perlu akhirnya kita ‘jawab’ di Akhirat kelak. Mereka juga melaksanakan tanggungjawab mereka dalam bidang masing-masing, sekaligus mereka mengharapkan dan mempercayai skim yang menguruskan peningkatan kerjaya mereka. Mungkin mereka akan memahami, dalam keadaan ekonomi sekarang, kenaikan pangkat dan pengwujudan jawatan tertinggi untuk mereka dihadkan kerana Kerajaan tak cukup bajet, tetapi mungkin mereka akan mempersoalkan kenapa pula satu skim dapat diwujudkan banyak jawatan tertinggi dalam keadaan ekonomi sekarang? Kenapa banyak pula jawatan baru diwujudkan untuk satu skim sedangkan mereka yang merasa amat memerlukan tidak pula diberikan jawatan baru? Siapa yang bertanggungjawab?

Saya hanya tersenyum pahit.. Ubat memang pahit, sesetengah kebenaran juga agak pahit untuk ditelan. Tapi terimalah teguran dengan hati terbuka, sekurang-kurangnya mereka dapat menerima bahawa hanya ‘segelintir’ sahaja yang terlibat, dan tidak mewakili semua dalam satu skim.

Kalau tidak faham, tidak apa.
Sekian.

(artikel ini hanya campuraduk antara isi hati penulis dan luahan orang ketiga terhadap penulis, tidak ada sangkut paut dengan mana-mana skim, kementerian atau agensi)

Tiada ulasan: