Rabu, Mac 22, 2006

Wanita, isteri, ibu...

Bismillah...

Kesibukan mulai berkurangan setelah banyak kerja-kerja rutin pejabat aku siapkan. dalam masa lapang sikit macam ni, bolehlah aku surf YG rakan-rakan DPA 2/2004. dalam banyak2 posting, aku agak berminat dengan posting mengenai isteri dan ibu. tambah plak, aku ni dah lama tak balik kampung. rinduuuu la jugak ngan ma especially, dan ayah serta adik2ku sekalian.

selaku orang yang masih bujang dalam ertikata close section (dah ada bakal isteri), aku rasa tersentuh gak dengan intipati posting beliau itu. memanglah, sebagai seorang yang bergelar anak, ibu adalah ratu hati yang tidak kan ada galang ganti selamanya. seorang lelaki wajib patuh kepada ibunya sebagai ganti kepatuhan ibu tersebut kepada suaminya. maknanya kat situ ada timbal balik yang adil. isteri wajib patuh kepada suami (perempuan taat kepada lelaki) manakala anak lelaki wajib patuh pada ibu (lelaki taat kepada perempuan). so, siapa kata Islam tidak adil dan gender bias? kesamarataan sebenarnya terwujud apabila Islam diturunkan, kerana sebelum itu wanita seolah2 tiada kedudukan dalam masyarakat jahiliah. apabila barat mula menggerakkan aktiviti2 womens' lib nya, aku memandang ianya adalah satu protes terhadap golongan2 lelaki yang tidak beragama dan menganiayai wanita2 mereka, tetapi protes itu menyeluruh hingga kepada lelaki yang berlaku adil. virus itu merebak pula menjangkiti wanita2 Islam yang kurang menghayati ajaran Ilahi, sehingga mereka pun menuntut keadilan yang serata-ratanya (menurut emosi mereka).

Wanita perlu sedar,
Contoh terbaik perbezaan ketara: lelaki tidak ada payudara tetapi wanita ada. fungsinya adalah untuk menyusui anak...dll. dalam keadaan fizikal lelaki dan wanita yang berlainan, bagaimanakan kesamarataan itu hendak dituntut? nak suruh lelaki menyusukan anak? minta dibolehkan wanita pakai seluar tak yah pakai coli? so, buat wanita Malaysia, sedar dan fahamilah diri anda adalah istimewa. perbezaan itu adalah tanda perbezaan tugasan dan fungsi kewanitaan yang tidakkan dapat dilaksanakan oleh golongan lelaki. oleh itu, anda berhak untuk disayangi, dibelai, dimanjai dan dicintai, sebagai seorang anak, isteri dan ibu...takyahlah tuntut lagi hak2 samarata dan sebagainya. apa yang berlaku selama ini adalah kelemahan dalam aplikasi, bukannya sistem.

Selasa, Mac 21, 2006

Tapisan Sekuriti Keselamatan Hakiki

Bismillah...

Pukul 11.00am, tapisan keselamatan untuk Ahmad Shariza JPM, aku ialah beliau punya pengadil (referee). hari ni ramai gak batch PTD 2-2004 yang ditapis dan diperah keluar santannya, macam Mira, Syukur, Ustat Hasny Zai, nasrul harris (rasanya diapun referee) dll. hari ni aku bertuah gak, dapat jumpa ngan member lama time UIA dulu, si Wan Ahmad Nizam. dah jadi pegawai BPR rupanya dia...

anyway, tiada kata seindah bahasa yang dapat kuungkapkan kepada si polis yang menapis. diapun mesra dan ceria membuatkan aku turut sama mesra dan ceria. semuanya berjalan dengan harmoni dan bahagia...hmmm kenyang rasanya selepas menjamu selera mee goreng dan teh free kat JPM. ngantuk la plak..

National Geographic Special

Bismillah...

Semalam (seperti malam-malam sebelumnya) aku seperti biasa menonton Astro bersama-sama Pian dan Hazhar. Channel yang paling aku minati sudah semestinya 52,51 dan 50. ketiga-tiganya channel binatang! (discovery, animal planet dan Nat Geo) best wooo tengok kejadian Tuhan yang diolah dengan begitu cantik sekali. Sungguh hebat puak2 ni buat kajian, memang terperinci dan jelas seolah2 mereka hidup bersama-sama binatang tersebut.
menyebut mengenai Nat Geo, aku mendapat tahu yang mereka ni adalah golongan Darwinist yang percaya kepada teori evolusi (satu teori yang kelihatan saintifik tapi lebih kepada khayalan, lukisan, imaginasi dan tanggapan semata-mata). kalau nak tahu lebih lagi mengenai kebobrokan teori ni, sila layari website harunyahya.com. tapi takpalah, bukannya teori diorang yang aku nak kaji, tapi kesungguhan diorang tu yang aku boleh puji. sanggup hidup bersama2 binatang dan tumbuhan dihabitat mereka, tanpa mengganggu kehidupan mereka seharian. ini yang dikatakan natural observation macam yang aku belajo time kat UIA dulu.
tapi pelik gak. evolution theory takde la plak based on that kind of observation. meaning that diorang tak pernah tengok dengan mata kepala sendiri yang si dinoso tu berubah bentuknya secara beransur2 menjadi burung bangau, atau siberuk yang tangan panjang tu tiba2 jadi moyang Bush...agaknya macam mana la binatang2 tu hidup semasa tempoh perantaraan. tak pernah plak arkeologis jumpa fosil perantara kan? fikir-fikirkanlah. sains atau falsafah?

p/s: Cuba nak mencari jawapan dengan meminggirkan kekuasaan Tuhan hanya akan membawa diri manusia kearah kesesatan yang berpanjangan.

Ahad, Mac 19, 2006

Sesejuk air sembahyang...

Bismillah...

Tadi kedengaran sayup2 suara azan zohor. setelah selesai mengalas perut seadanya, aku dan nik adi bergegas kembali kepejabat dengan penuh dedikasi dan semangat untuk berbakti kepada nusa bangsa. dipertengahan jalan, lambaian solat merampas halatuju kami membawa kami ke ruang surau JAKIM yang dingin dan menyegarkan. sebelum menunaikan tugasan hakiki sebagai seorang muslim iaitu solat, aku terlebih dahulu membuka kuncinya dengan berwuduk.

dengan lafaz Bismillah, ku biarkan kejernihan air itu mengalir melalui celahan jari yang sering berdosa; semoga dengan itu terlerailah segala kemungkaran yang pernah terlaku olehnya.
ku niatkan didalam kalbu bahawa segalanya hanyalah kerana Dia Yang Esa. Kumuran air yang terkemam dirongga mulutku ku luah kembali dengan harapan kejahatan dan kesilapanku terlepas bicara sebelum ini diampuni segalanya. kuserikan lagi wajahku dengan basuhan air yang dingin, menyegarkan dan menimbulkan kekuatan demi beribadat kepadaNya. ku biarkan air itu mengalir membasuhi hujung jariku hingga ke siku yang tidak bermata, mungkin ia pernah menyakiti seseorang suatu ketika dahulu. sedikit air ku sapukan ke ubun2ku, membasahi sekitar rambutku yang hitam. deraian air itu kelihatan menitis kebawah, membawa bersamanya kekotoran yang menyerabuti kepalaku. telinga yang sering mendengar alunan kata melalaikan dan percakapan yang lagha ku basuh dengan harapan gugurlah segala dosa yang terlekat dibirai telinga itu. ku basuh akhirnya kakiku yang sering diselubungi stokin berwarna hitam. harapnya, hatiku tidaklah sehitam stokinku yang sering ku pakai ke pejabat. selesai...semoga 5 kali solat sehari semalam itu mampu menjernihkan kembali diriku yang sering dilanda asap kehitaman dalam hidup seharian....

Allahu Akbar...

Bermulanya Sebuah Catatan

Bismillah...

Langkah pertama telah dimulakan ke arah membiasakan diri untuk menulis.
selama berkurun, penulis mengalami masalah "warm-warm shit chicken" dalam bidang penulisan diari yang mana bermulanya pada bulan januari dan berakhir pada bulan februari. bulan2 seterusnya, ntah...kemana hilangnya diari tu?

Sepatutnya sebagai penjawat awam, diari perlu ada bagi tujuan keselamatan, dan semua perkara perbincangan antara kakitangan direkodkan terutamanya yang melibatkan kelulusan, persetujuan dan keputusan lain. Menurut bos, ia boleh digunapakai di mahkamah apabila perlu.
Tapi kalau dah tak ada, nak buat macam mana..malass, tak boleh nak tolong.

Perkara2 private tidak akan dipaparkan di dalam blog ini, menyedari yang ianya visible to the public. lagipun, penulis tidak mahu terlalu teruja untuk menyatakan isi hati di blog ini kerana telah dilahirkan semula jadi sebagai jejaka pemalu.

Wallahua'lam.