Jumaat, Ogos 06, 2010

Isu..isu (kahwin muda dan gejala sosial)

Dua hari lepas, kita terkejut mendengarkan ura-ura remaja bawah umur dibenarkan berkahwin di Melaka (Negeri lain macam mana?) Keputusan ini adalah salah satu cara yang difikirkan terbaik oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk membendung gejala sosial antara remaja lelaki dan perempuan disamping mengelakkan berlakunya kehamilan luar nikah dan pembuangan bayi.

Kejutan itu bagaimanapun tidaklah besar. Umumnya dalam Islam, sememangnya tiada sekatan umur perkahwinan asalkan telah ‘bersedia’. Persediaan ini dicapai berdasarkan kematangan individu atau penetapan keluarga dan adat. Bagi negara-negara arab dan Asia Tengah, sehingga kini pun masih wujud adat mengahwinkan anak yang muda, berumur di bawah lima belas tahun kerana ia telah berjalan sejak dulu lagi. Penetapan umur minima untuk berkahwin pada masa ini sebenarnya hanya berdasarkan undang-undang Barat yang meletakkan umur lapan belas tahun sebagai dewasa.

Adakah ia berkesan mengatasi masalah gejala sosial?

Kalau kita istilahkan gejala sosial ini sebagai pokok, maka kita akan fahami bahawa pokok tidak akan mati selagi wujud akarnya (dengan sedikit batang) di dalam tanah. Begitulah juga tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri ini pun sebagai mencantas dahan-dahan sahaja. Apatah lagi Baby Hatch, ia sekadar membuang daun dan pucuk sedikit. Akar utama tidak terjejas dan batangnya masih kukuh. Kalau semacam ini, sampai bila-bila pun gejala sosial - hamil tidak sah - pembuangan bayi akan terus hidup dan berpotensi subur.

Gejala sosial yang memunculkan fenomena pembuangan bayi ibarat pokok mengeluarkan hasil, dan hasil tersebut tidak pula diingini. Ia ibarat serumpun lalang yang menaburkan benih-benih lalang, akhirnya penuh satu padang dengan lalang sahaja. Kita tidak boleh memandang negatif tindakan-tindakan Kerajaan dan peranan yang telah dimainkan pada masa ini. Tetapi kita mesti melihat lebih jauh dan mencari ‘akar’nya untuk ditebang secara kekal. Fokus penulis adalah pada warga Muslim memandangkan masyarakat non-muslim tidak memandang pergaulan bebas/gejala sosial lelaki/perempuan sebagai satu dosa berbanding muslim.

Akar tunjang : Pengabaian penghayatan amalan Islam dalam keluarga/masyarakat Islam (famili moden katakan)

Akar sampingan : Sistem pembelajaran yangmemfokuskan kecemerlangan akademik dan mengabaikan akhlaq (kejar A sampai tak kisah seluar terlondeh)

Batang pokok : Pendedahan kelucahan internet/online (melalui komputer dan handphone) yang tidak terkawal (zaman dulu memang tak ada)

Dahan pokok : Pergaulan bebas tanpa kawalan (kawan biasa saja..)

Ranting ? Daun?

1 ulasan:

saya budak baik berkata...

bismillahirrahmanirrahim..
selawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w,ahli keluarga dan para sahabatnya

nak tnya penulis,camne ngan pandangan majoriti masyarakat yg nak habis blaja dulu,baru kawen..tapi masa blaja leh plak bercinta,cuma xleh kawen..lau kawen,sume org pandang gatal,muda2 dah nak kawen.camne tu?ni fikrah yg dah berleluasa,padahal kawen itu satu ibadat,jika niat betul,pasti Allah mudahkan segalanya..soal matang atau tak memanglah jadi ukuran juga,jadi leh x penulis ulas ttg ni?