Ahad, Mac 19, 2006

Sesejuk air sembahyang...

Bismillah...

Tadi kedengaran sayup2 suara azan zohor. setelah selesai mengalas perut seadanya, aku dan nik adi bergegas kembali kepejabat dengan penuh dedikasi dan semangat untuk berbakti kepada nusa bangsa. dipertengahan jalan, lambaian solat merampas halatuju kami membawa kami ke ruang surau JAKIM yang dingin dan menyegarkan. sebelum menunaikan tugasan hakiki sebagai seorang muslim iaitu solat, aku terlebih dahulu membuka kuncinya dengan berwuduk.

dengan lafaz Bismillah, ku biarkan kejernihan air itu mengalir melalui celahan jari yang sering berdosa; semoga dengan itu terlerailah segala kemungkaran yang pernah terlaku olehnya.
ku niatkan didalam kalbu bahawa segalanya hanyalah kerana Dia Yang Esa. Kumuran air yang terkemam dirongga mulutku ku luah kembali dengan harapan kejahatan dan kesilapanku terlepas bicara sebelum ini diampuni segalanya. kuserikan lagi wajahku dengan basuhan air yang dingin, menyegarkan dan menimbulkan kekuatan demi beribadat kepadaNya. ku biarkan air itu mengalir membasuhi hujung jariku hingga ke siku yang tidak bermata, mungkin ia pernah menyakiti seseorang suatu ketika dahulu. sedikit air ku sapukan ke ubun2ku, membasahi sekitar rambutku yang hitam. deraian air itu kelihatan menitis kebawah, membawa bersamanya kekotoran yang menyerabuti kepalaku. telinga yang sering mendengar alunan kata melalaikan dan percakapan yang lagha ku basuh dengan harapan gugurlah segala dosa yang terlekat dibirai telinga itu. ku basuh akhirnya kakiku yang sering diselubungi stokin berwarna hitam. harapnya, hatiku tidaklah sehitam stokinku yang sering ku pakai ke pejabat. selesai...semoga 5 kali solat sehari semalam itu mampu menjernihkan kembali diriku yang sering dilanda asap kehitaman dalam hidup seharian....

Allahu Akbar...

Tiada ulasan: